Thursday, February 17, 2011

Kisah Hari Khamis

MULA.

Malam semalam aku tidur dengan perut yang sakit dan badan semerbak bau minyak Mestika. Aku ingat, kalau aku tidur, bangun-bangun esok kot tak sakit dah. (Kau ingat semua sakit pun sama dengan sakit kepala keeee Atiqah?! Penat je rakyat bayar duit suruh kau belajar medik)

Pagi ni bangun-bangun, perut cakap 'SURPRISE, SAYA SAKIT LAGI TEE-HEE'. Maka atas nasihat orang-orang di Twitter, saya ponteng my morning lectures. Satu pagi cirit-birit sampai setengah lembik. Setengah je lah, takde la lembik sangat.

Bila dah tengahari, perasaan panik mula muncul sebab perut sakit lagi. Kelas banyak lagi dari tengahari sampai petang, takkan nak ponteng semua? Banyak cantik muka aku. Kalau pandai takpe. Maka dengan perasaan yang berbelah-bahagi aku pun bersiap untuk ke kelas despite mulut rasa kelat, kepala rasa nauseous dan perut rasa what the hell.

Sebelum melangkah keluar, capai Blackberry. Ada msg tanya 'Are you okay?'. Setelah menaip 'I'll be fine' aku melangkah keluar rumah, hati penuh harapan agar bau minyak Mestika dah hilang dari badan.

Walaupun lewat 5 minit, berpeluh dan rasa nak pitam sebab tak sihat tapi jalan laju nak mati, rasa lega sangat bila sampai tengok kelas tengahari tak mula lagi. Tapi masuk je dalam kelas terus ada suara malaun yang memang hobi dia cari pasal dengan aku;

'Had a late night out last night, Atiqah? *gelak sarkastik*'

'*rolls eyes* I'm not hungover, Sheehan' ...aku cirit-birit la bengong. Sambung aku dalam hati. Tak ganggu hidup aku tak boleh ke, gergasi 6 kaki 2 ni?? Tampar karang.

TAMMAT.

2 comments:

Sakiinah said...

weh! tak beli stok chi kit teck aun ke? :D

Tengku Atique said...

beli tapi dah lama sangat dah usia dia maka takut nak makan, hahah