Monday, May 31, 2010

rindulah mama

nak balik, cepatlah.

lamanya tak peluk mama.

lama tak mengada dengan mama. bila takde boyfriend, nak mengada dengan mama je. orang lain tak sanggup nak tahan.

kalau mengada lebih-lebih dengan kawan-kawan nanti diorang menyampah pulak...haha. macam zaman-zaman mrsm dulu. kesian atiq clueless kenapa orang menyampah, mana la tahu manusia biasa tak sanggup layan orang mengada macam atiq. manusia luar biasa dan tinggi tahap kesabaran je, contohnya cik mas siti aishah. tu pun sebab kitorang gilir-gilir manja. haha. mas pun sama je. dua kali lima, sepuluh. (hari tu mas bermonolog '11...tambah 8...18' atiq dah macam EY MAKCIK. SEMBILAN BELAS LAAA zzzz)

hishk mujahadah betul nak kawal kemanjaan bila cakap dengan guy friends. dulu main lepas mulut je (dan kena cop gedik...rofl) tapi sekarang bila dah konon-konon beriman (konon-konon sahaja...sebenarnya Tuhan je yang tahu. takpelah, sikit-sikit lama-lama jadi busut semut T__T) kenala kawal. kena jadi double standard, dengan girl friends boleh manja (yang terkawal kerana takut diorang menyampah), dengan guy friends kena stone. sekarang dah berjaya jugak jadi ala-ala stone, tapi kadang-kadang terlepas jugak out of habit.

ok dah subuh. boleh berhenti merepek, solat dan tidur yeay.


xoxo
Atiqah

p.s. kalau atiq remove guy friends from my reader list...tinggal 5 6 orang je kot eh orang kat blog ni? hehe. karang kena cop extreme pulak. extremist. fundamentalist. apa-apalah...sekarang ni, saya mengantukist.

1 comment:

Anonymous said...

ur guy friends semua ada perasaan kat u ke.. friends je kan. apa salahnya