Wednesday, May 19, 2010

Dan bila hidup dah kesusahan, barulah kau nak ingat Tuhan

Assalamualaikum blog.

Hai blog.

Apa khabar blog.

Ini sebuah entry rempit dari aku. Suka hati laaa...tengah mood rempit, nak buat camane.

Heh...dah habis exam ni, nak buat apa? Tunggu result keluar...melangut-langut melihat alam. Pelik aku dengan diri sendiri. Bukit iman dan futur aku tak boleh blah. Bezanya, Tuhan yang tahu. Senang je nak tengok...tengok aku kurang ajar tak dengan kakak aku yang nombor dua tu. Masa iman aku tengah ok, aku ok la dengan dia. Kalau iman aku tengah ko, memang mulut macam takde insurans, main belasah je cakap dengan dia. Ye lah, memang la kakak nombor dua aku tu sengal sikit, cepat melenting jugak. Adik-beradik aku semua bekeng, level kebekengan je yang lain-lain. Apa-apa pun, kakak nombor dua aku tu, jauh lagi tua dari aku. Kena la jugak aku hormat sebagai yang lebih tua, aku suka ke tak suka ke.

Korang...tabah betul menerima mood aku yang tukar-tukar ni kan. Aku rasa, aku ada split personality. Sekejap perangai aku macam ni, sekejap macam tu. Kadang-kadang aku sendiri pun lose track.

Kalau tengok dalam dunia ni...ada macam-macam jenis orang. Ada orang 'alim' woh, sangat sensitive tentang isu agama Islam. kalau orang lukis nabi Muhammad, dia pergi bakar bangunan tu, bakar bangunan ni (walaupun bangunan tu takde kena mengena dengan tukang yang lukis) dia mengamuk situ, mengamuk sini. Tapi kalau kita tanya dia, semayang jumaat tak bang? Belum tentu jawapannya ya. Tu baru satu waktu dalam satu hari. Belum lagi lima waktu dalam lima hari.

Ada pulak, orang yang semayang dia lengkap. Lengkap habis, walaupun dia ni pergi clubbing (bukan minum arak pun, pergi nak menari je! menari......) tapi kalau subuh tu orang lain liat nak mati nak bangun...dia yang bangun dulu! Mantap woh. Aku kadang-kadang liat jugak nak bangun subuh...old habits die hard. hisy. Bertuah punya Atiqah. Anyway...orang macam ni, bagus kan dia? Orang tengok dia macam ke laut...tapi sebenarnya entah-entah dia ni semayang lagi banyak dari orang yang label dia ke laut tu.

Tapi. Cukup ke dengan semayang sahaja? Allah cakap, sembahyang sepatutnya jadi kubu, akan jadi penghalang untuk kita dari membuat dosa. So...kalau sembahyang tu tak menghalang kita dari buat dosa...maka sembahyang kita tak betul. Kan? Betul tak deductive logic aku ni?

'...Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar...' 29:45

Sembahyang...kalau kita kumat kamit baca surah, tunggang tonggek sujud bangun, tapi kita tak faham satu habuk pun yang kita baca...tak rasa cam...cam...for the lack of a better word, bodoh, tak? Imagine kalau orang putih tanya, kau semayang baca bahasa apa? Kita pun jawab, bahasa Arab. Pastu dia tanya lagi...kau faham tak kau baca apa? Kalau kita jawab, err..errr...tak..mesti orang putih tu akan pandang rendah dah kat kita, sebab amalkan benda yang kita sendiri tak faham hujung pangkalnya. Kisah ni, kisah benar. Aku la tu. Yang bodoh tu. Aku. Nasib baik aku datang sini, orang kafir yang curious ada ramai. Diorang tanya aku macam-macam. Aku pun baru terhegeh-hegeh nak cari jawapan.

'...hanya pada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. (Iaitu) Jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.'

Hari-hari baca ni (hari-hari ke?), tapi lepas tu pergi buat dosa. Perangai apa niiii???? Hesy. Sabar je Allah dengan kau. Dan aku.

Bertaubatlah, selagi dunia masih belum kiamat.

Ada apa sangat dengan nikmat kat dunia ni? Dengan kecantikan, dengan harta, dengan pangkat, dengan nama? Semuanya sementara. Kita, kita umat akhir zaman.

Katakanlah: "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (9:24)



Kenapa tiba-tiba aku tulis entry ceramah ni? Kalau tak, before-before ni...letak video lagu lah, entry takde tujuan lah, ape maknenek lagi lah aku merepek.

Aku sebenarnya tengah ceramah kat diri sendiri.

Aku...dah banyak belajar sejak aku datang sini. Tapi aku sengal jugak. Improve la jugak sikit-sikit. Hesy, lembab gila.

Sekali Allah uji aku. Kalau belajar surah al-Fajr...dalam tafsir fi-zilal tu...dia explain. Ujian Allah tu, bukan kayu ukur betapa sayang atau tidak Allah pada kita. Tapi, apa reaksi kita pada ujian tu yang akan menentukan segalanya.

Aku kena tabah. Aku kena tabah. Aku kena tabah.

Aku fail Pathology.

Autumn ni aku kena datang sini exam.

Summer ni aku kena bawak balik buku, belajar.

Aku kena tabah.


Atiqah

p.s. flow of thought aku memang selalu tak make sense...aku memang selalu kena verbal diarrhoea and suka lompat dari topik ni ke topik tu. sorry kalau pening baca entry ni.

p.p.s. nah, hadiah

p.p.p.s. kalau korang tak hebahkan kat orang yang aku fail, I'd appreciate that very much. Kalau Allah izinkan, insyaAllah aku pass autumn ni. I'll work my ass off this summer. I have no intention of repeating another year.

tl;dr - Bila kena uji, kena sabar, dan solat.

5 comments:

Anonymous said...

nanti i dtg kelantan, tutoring u :p

Tengku Atique said...

eleh, janji tinggal janji, hmhh :(

Anonymous said...

tak ckp janji pun? wekkk

Tengku Atique said...

EVIL

Anonymous said...

do u know who am i? hmm