Thursday, August 13, 2009

Kepengigauan oleh adinda Tengku Nur Zahirah.

you allz faham tak kepengigauan tu apa? root word dia igau.


masa tu around midnight. mama tengah tengok tv/jadi pelengkap sofa as usual. Didie tengah buat homework Arab. Atiq tengah tolong Didie buat homework Arab. cewah padahal tengah buat bunyi siren setiap kali rambut Didie kena muka Atiq, pastu bila Didie fokus buat kerja and dah tak mengendeng-ngendeng dekat Atiq, Atiq dekatkan sendiri muka Atiq dengan rambut Didie lepastu buat bunyi siren.

ok paragraph panjang yang confusing dan tidak menyumbang kepada plot. moving on.

masa tu Adik tengah tido atas sofa. tiba-tiba beliau bangun dan pergi ke muka pintu dapur kemudian mencangkung disitu.

Mama : Adik wak gapo tu????
Adik : Adik sakit perutttt...

Adik memang tidur dalam keadaan sakit perut that night. Masa Atiq pegi amek die dari tempat mengaji pun die menjerit/menangis sambil suruh Atiq memandu secara laju.

Pastu tiba-tiba Adik bangun dan menuju ke pintu ruang tamu yang menuju ke luar rumah. Kemudian beliau switch on chandelier. Bukak. Tutup. Bukak. Tutup.

Mama : Adik wak gapo tu????
Adik : Adik silap laaaaaaaa!

Kemudian beliau membuka pintu untuk keluar rumah. This is the point when Atiq and Didie mula ketawa secara berleluasa. Then Atiq lari pergi dekat Adik and pulled her away from the door,

Atiq : Adikkk nok gi mano nihhh adehh
Adik : Adik nok gi bilik air laa!!
Atiq : *gelak macam pontianak* Billik air bukey kat sini lahhh...meh meh kito gi bilik air meh..

Lepas tu Atiq bawak la die pegi bilik air...

Hahaha cerita die panjang lagi sebenarnya, including part di mana Atiq intai dia dalam bilik air and rupanya die tengah tidur atas jamban, part di mana Atiq dan Didie membuat kesimpulan bahawa kalau kitorang biar dia keluar rumah mesti dia berak dalam longkang, part di mana Atiq dan Didie ketawa guling-guling atas lantai kemudian dimarahi Mama...

Keesokannya;

Didie : Adik kaba dok Adik ngiga smaley?
Adik : Adik tok ngiga la!! Adik kemama.
Atiq : Adik kaba dok Adik bukok tutuk lapu and kipas kat ruang tamu?
Adik : heh? yolo ko?

Lagi nak claim dia mamai je and bukannye mengigau. Malas nak layan.



xoxo
Atiqah
Kehidupan di tengah malam lebih ceria di White Villa daripada di mana-mana rumah keluarga lain.

3 comments:

Iron Butterfly said...

i think Anis used to sleep-walk as well.

Tengku Atique said...

i dont remember that about her :/

sassydewi said...

she did. we all did actually. well i did.

anywayyyyyyyyyy.... aduslah. naka la wei adek bongsu ni. free entertainment pada witching hours.