Saturday, April 25, 2009

era tidur tunggang terbalik telah bermula

saya mempunyai beberapa tips untuk memastikan anda tidur sekejap sahaja (2-4 jam), samada untuk belajar, untuk bangun on time for class setelah stay up menemani rakan yang sedang mengalami tekanan jiwa, atau untuk sembahyang tahajud (alhamdulillah....boleh berkenalan? gehehe. ops lupe plak blog private)
  1. tidur di atas duvet, bukan di dalam duvet. ini akan menyebabkan anda terbangun awal untuk kencing. mungkin tidak berkesan untuk mereka yang tinggal di negara-negara beriklim khatulistiwa. untuk memastikan keberkesanan sebelum tidur minum air banyak2.
  2. tidur secara duduk. anda akan terjaga kerana sakit tengkuk atau sakit pinggang.
  3. sebelum tidur berdoa mintak tolong Allah hantar malaikat tolong kejutkan pada pukul berapa2. terbukti berkesan...insyaAllah.
  4. kunci jam loceng yang mempunyai alarm yang memekak dan letak pada jarak yang mana anda perlu bangun untuk mencapainya. apabila bangun jangan mengada nak masuk duvet semula.
  5. semakkan buku-buku disekeliling anda supaya apabila anda tidur anda tidak boleh bergerak langsung. anda akan terjaga kerana tidur tidak selesa ataupun kerana terkejut bunyi buku Pathology setebal dua inci setengah jatuh ke lantai.
sekian. selamat mencuba! segala sakit kepala boleh diubati dengan Panadol dan izin Allah.

yang benar,
doctor wannabe yang mengamalkan cara hidup paling tidak sihat dalam planet.

2 comments:

akulahsapolagi said...

1. juga anda mungkin terjaga kerana tiba2 anda terperasan yang anda sebenarnya tidur di atas duvet yang basah (tiba-tiba basah)...yakni...anda terkuncin

2. tidur secara duduk. anda akan terjaga kerana khuatir terkena buasir

3. true enough

4. set alarm tone henset kpd bunyi2 atau lagu yang amat2 annoying dan anda terasa seperti mahu membaling henset anda sejauh mungkin tatkala mendengar bunyi itu

5. tidur berbantalkan buku...tidurlah selama mungkin...ilmu akan menyerap masuk dalam kepala hotak

....sekian...selamat mencoba

yang ikhlas,
engineer yang telah berjaya berubah menjadi early-bird gara2 kerja dan hobi

Tengku Atique said...

haha...terkucil lagi ko, tuo2 dh nih. adudu