Monday, May 11, 2009

Hanisah penjenayah yang gagal.

Semalam kitorang (Atiq+Niesa+Dayah) buat operasi 'Letak-Sampah-Dalam-Tong-Jiran-Kerana-Tak-Muat-Dalam-Tong-Sendiri' (LSDTJKTMDS). Sampah kitorang dah lebih sebulan kot tak buang sebab we didn't take the wheelie bin out, sebab 1) nyanyuk, 2) ada Kakak post grad tumpang parking kereta kat depan rumah pastu tak muat nak tarik keluar tong. Ceh, die tak tinggal kunci keta spare kat kitorang plak tu, takleh nak alihkan. Haha. Nampak sangat muka Dayah tak boleh pecaya, sebab tu die tak tinggal kunci (tiba-tiba tuduh Dayah).

Oleh kerana sampah kitorang ada dua beg plastik hitam yang tak muat nak letak, Atiq (yang bijak laksana) pun mencadangkan la supaya kitorang meletakkan sampah2 itu di dalam tong sampah jiran-jiran yang terdiri dari orang tua semuanya, maka obviously tong sampah diorang separuh je isi...membazir betul ruang tu...baik kitorang tolong isikan..betul tak?

So semalam kitorang pun buatla seperti yang dirancang...Lepas dah tarik tong kitorang keluar, Dayah amik satu beg plastik yg tak muat tu and pegi masukkan dalam tong jiran kat depan...and Atiq amek yang lagi satu and jengket2 tunduk2 pegi nak letak kat tong jiran sebelah rumah, manakala Niesa berdiri terpinga-pinga di depan pagar rumah kitorang. Tapi, oleh sebab sampah tu berat nak mampus and Atiq kena guna dua-dua tangan untuk masukkan dalam tong sampah (cewah padahal kena guna dua tangan sebab kena angkat tinggi sangat sebab diri yang pendek), Atiq pun panggil la Niesa nak mintak tolong bukakkan tong tu. Mak aiiihhhhh....die punye la cuak nak mampos nak datang tolong bukakkan. Slow motion pulak tu...memang gagal and tak boleh buat jadi partner in crime..haha.

Niesa ni muka je macam ganas/garang tapi sebenarnye dalam rumah ni die la yang paling sopan santun dan banyak pantang larang macam puteri raja...jangan tak tau. hehe. Saaaayyyyaaannnggggg Niesa. :P

Pengajaran di sini ialah, kalau nak buat jahat dengan kawan, tanya die dulu: Masa sekolah dulu, kau jadi LDP tak??

Kalau ya, jangan ajak die teman buat jahat. Nanti die gagal. Macam Hanisah. Dulu kat MRSM Jasin, Niesa ni Vice Pres LDP. Hahahah. Dayah pulak, budak yang digugurkan dari pemilihan pengawas kerana curah mi atas orang. Ha, orang beginilah yang kita mahu. Rilek je pegi letak sampah kat rumah jiran pastu terus masuk rumah tak pedulikan Atiq yang masih tak bejaya letak sampah sebab Niesa asyik check line je sampai sudah taknak tolong bukakkan tong.


7 comments:

akunokngepen said...

hahahaha...adeeehh...no komen (nk ngepen jah padahal)

Clueless in Love said...

miahahahahha... funny!

han86 said...

cehs cehs cehs and cehs,
tade langsung anything about me yg kau tak jadikan bahan gelak/kutukan ek.
hahahah, siyesly tho, cuak gile kott malam td, palpitations x ilang sampai masuk bilik..
apepun, aku mmg sgt kagum dgn dayah, smooth and cool je die melakukan jenayah, nmpk sgt dah pro, and ur just the perfect mastermind (okay knp aku puji korg setelah dijadikan bahan umpatan di sini??)

Iron Butterfly said...

okay Tiq, this is too much of Hanis Zalikha-ness.

Tengku Atique said...

arih : ceh. i feel uuuuuused. gamba monyet tu comey rih.

kakwe : XD

niesa : hahah, you love us too much honey

kakak : no, i don't think so. besides, all the malay blogs that i read is written like that, it's not like her trademark or something

Iron Butterfly said...

seriously. it sounds like her a lot. haish. and since when u read malay blogs ni? hey, where's redzy's link? i need to read his blog. he's awesome.

Tengku Atique said...

*shrugs* meh. it's not intentional.

he rarely updates so i took him out of the list, it's magmaticredzy.blogspot.com!