Tuesday, March 31, 2009

hari baking sedunia (diiktiraf oleh Atiqah)

saya perlu keluar ke town untuk membeli barang2 untuk membuat choc chip cookies kerana telah mendapat demand dari ramai dan perlu menunaikan janji kepada mereka. ini kerana resipi keluarga (yang dicuri dari ibu saudara) telah dijaga dgn mantap maka saya seorang sahaja yang tahu buat biskut itu di Cork ini. mungkin telah menjanakan kemeluatan dari kawan-kawan kerana kedekut resipi. tapi apakan daya, telah berjanji dengan kakwe untuk tidak menyebarkan resipi tersebut atas sebab-sebab perniagaan.

mahu menelefon nashreen untuk mendapatkan resipi brownies failproofnya, dan juga resipi mars brownies yang diceritakan olehnya tempohari, tetapi panggilan telefon tidak diangkat. buat lain kali lah brownies. hari ni buat biskut dulu. Niesa suruh buat apple crumble sekali tapi sumpah malas nak buat lame dowh bakar mendalah apple crumble tu tak tido aku buat biskut dengan apple crumble sekali. panjang umur encik hanisah saya buat lain kali ya.

oh, lupe nak bagitahu, kerana kesempitan wang saya asyik menangguh nangguh sahaja upacara membuat biskut kerana bahan-bahan yang macam haram harganya, tetapi encik hanisah punya mengidam sudah sampai tahap ibu-ibu mengandung, lalu beliau telah menawarkan untuk membayar separuh kosnya kepada saya. gehehehehe. tapi saya bagi dia bayar 1/3 je lah, sebab saya nak buat banyak gila. dah lama berhajat nak bagi kat jiran2 orang tua disebelah rumah, tahun akademik yang akan datang tidak duduk disini lagi, oleh itu kena juga berkenalan secara beria-ia at least sekali. karang nanti dia meninggal sebagai orang bukan Islam dia bagitahu Allah saya duduk sebelah dia dua tahun tetapi tidak pernah pun bercerita tentang Islam kepadanya pula, eee tidak rela saya. jangan nak cakap 'kubur masing-masing' kat sini, apatah lagi jika tidak pernah membaca quran tafsir. jika mereka baca quran tafsir maka terkejutlah mereka, banyak nak mampus benda tak tahu, sepertimana saya tekejut apabila mula-mula membaca quran tafsir dahulu, sungguh takjub dengan kejahilan diri sendiri.


baiklah sekian.

Assalamualaikumm.

sayang anda semua


edit : oh lupa nak beritahu. peperiksaan tadi berjalan secara okay-lah kot. excelled at a couple of checkpoints, did not bad on a couple more, and screwed up at a couple of them. tapi Alhamdulillah, stethoscope tidak tersangkut di tudung dan berjaya menghayun reflex hammer kepada tendon yang sepatutnya dan tidak mencederakan pesakit. tapi omg kaki dia sumpah berat gila dan berbulu, masa nak check tone tu tak larat k nak angkat. tapi dimaafkan kerana beliau baik hati dan tersenyum sahaja maka membantu saya menenangkan diri sewaktu menjalani peperiksaan.

2 comments:

akuorangbiasa said...

bagus2...sebuah artikel dalam Bahasa Melayu yang agak mudah dibaca berbanding Bahasa Inggeris. Terus maju!! Jangan biarkan Bahasa Melayu ditalkinkan nanti. Syabas!!

Tengku Atique said...

hm. thanks. your comments are always so INTENSE.