Saturday, February 18, 2012

Fear factor

Setiap hari aku derhaka pada Tuhan.

Sengaja. Tak sengaja. Tabiat.

Bila aku keluarkan buku untuk belajar, hati mula diruntun rasa bersalah. Nak baca doa, tersekat di kerongkong. Air liur rasa macam air longkang. Well, aku tak pernah rasa air longkang, tapi aku agak-agak dia rasa macam tu. Kot.

Kenapa aku takut sangat nak final exam dalam masa dua bulan lagi?

Aku takut kerana. Kerana aku sebenarnya tak jahil. Tapi aku yang pilih untuk menjahilkan persepsi aku sendiri. Allah tunjukkan aku jalan tapi kaki aku kaku di tapak yang sama.

Aku takut kerana. Kerana aku tahu, bukan lagi syaitan yang patut aku persalahkan. Iman aku lemah. Aku tunduk pada nafsu. Lalai. Hanyut.

Aku takut kerana. Kerana aku tahu, result exam aku, dah lama tercatat di Luh Mahfuz. Allah tetapkan, sesuai dengan apa yang aku deserve. Yang terbaik untuk aku, sebab Allah Maha Mengetahui.

And right now, honestly speaking?

I don't deserve anything good from Him.

That's the reason.

That's why I'm so scared.





Ramai orang tak suka diajak membayangkan syurga dan neraka.

Benci, mungkin.

Menyampah, mungkin.

Tapi Allah rahmati aku dengan kawan-kawan yang sentiasa ingatkan aku tentang itu.

Dan setiap kali.

Hati aku reput dalam ketakutan.





Atiqah

1 comment:

Sakiinah said...

“We are afraid of losing what we have, whether it's our life or our possessions and property. But this fear evaporates when we understand that our life stories and the history of the world were written by the same hand.” Paulo Coelho

*if ur thinking of guilty pleasure read/re-read The Alchemist ! ;P

p/s: Luh Mahfuz will only be written after you understand this 65:2-3. Until then,your page can still be written/rewritten/erased by you & edited by Him once you finish the chapters