Friday, December 4, 2009

ini diari aku.

aku tak suka berkawan. sepanjang hidup aku...aku jumpa macam-macam jenis orang. backstabbers, pretentious ones, sincere ones, yang lurus bendul adalah jugak sikit. kawan-kawan aku suka salah faham aku cakap apa. and aku sendiri pun ego. kalau aku salah cakap, nak cakap sorry tu memang rasa stabbing pain dekat jantung.

aku tak suka berkawan. sebab aku tak reti. orang selalu sakit hati dengan aku, tapi aku clueless tak tahu kenapa. tak pun aku buat-buat tak tahu. aku dilahirkan dengan genetik pemarah ini, it takes a lot of effort for me not to take it out on a person bila aku marah pada dia. tapi pengalaman hidup mengajar aku untuk diam walaupun payah. diam walaupun hati membentak. diam walaupun telinga aku pekak dengan jeritan hati.

despite everything...macam yang aku cakap pada seseorang, di sini kawan ialah hidup. kalau aku tiada kawan, maka aku tiada hidup. aku terpaksa. tiada lagi seorang Tengku Sofiah Aishah untuk fill the void in me bila aku gagal dalam berkawan.

tapi tempohari aku terlepas cakap. nada aku tajam dan sinis walaupun hanya lima patah yang terpacul dari bibir aku. walaupun hanya antara dengar dan tidak.

aku menyesal.

aku bukan jenis orang yang snappy. aku lebih suka take the higher road. aku lebih suka fikir i'm better than that. walaupun orang akan fikir mereka menang...tapi dalam kepala aku, aku yang menang. tapi hari itu aku tersasul. kerana hati sudah lama sakit tapi didiamkan. harapan agar keadaan berubah nanti, tapi alas, semua tetap sama. berulang-ulang macam kaset rosak.

but that didn't justify what i did. salah tetap salah. tapi egonya ya Allah, tinggi menggunung. walaupun Rasulullah saw dah suruh mengalah dalam perjidalan, kalau di pihak yang salah and then mengalah, dapat juga sebuah rumah di tepi syurga. tapi aku fikir pulak, eh aku tak berjidal. aku perang dingin je. haha, boleh ke fikir macam ni? rasa macam derhaka pun ada.

entah-entah aku seorang yang fikir macam-macam. yang sedih seorang dalam bilik. tengok luar tingkap dan emo sebab langit mendung.

aku ada banyak benda to be thankful for in life. i shouldn't be bogged down by this.

lagipun, minggu depan exam lagi.


Atiqah
yang sebenarnya sangat kekok membahasakan diri aku setelah sekian lama...tapi it fits the tone of this entry.

4 comments:

admin2 said...

neh~~~

no comment.

apa2 i nak cakap semua atiq dh tahu~

-_- said...

sy rase pelik bila sy baca post ni
:SMTGH NOT YOU:

I read it 4,5times..searching for u..u're there but I dont like this tone..

Tengku Atique said...

i'm sorry i'm not who you think i am then :/

sassydewi said...

oh makan dalam sangat menyakitkan.